Thursday, 5 November 2009

Aktiviti Cuti Sekolah Kami

Last week term holiday kat sini seminggu, since abah dah keje payah la pulak nak kuar berjalan-jalan cuti nih. Sudahnya, banyak la aktiviti hanya kat rumah, n adik kakak pon ada hobi baru, buat puzzle! Bila cuaca panas sikit, naik basikal jalan2 kat luar rumah. Tapi sekarang suhu makin rendah la, hari2 hujan n sgt sejuk!!






Sunday, 18 October 2009

Birthday Bash Kakak + Friends & Birthday Naufal Julai Lepas(belated posting..lupa daa..)

Minggu lepas anak dara saya sambut besday dia yg ke 5 tahun. Kakak memang looking forward birthday dia sejak adik punye birthday masa bulan 7 lagi. Kalau dia tau je sesape sambut birthday, mesti dia akan tanya umi, "birthday kakak lambat lagi ye umi?" atau "bila birthday kakak umi?".

Jadinya umi rasa tahun ni nak raikan hari jadi dia extra special pasal umi rasa dia dah faham apa yang dia nak sambut. So this year tanpa dirancang dia dah sambut birthday dia 3 kali dalam masa seminggu.

Kali pertama masa pagi birthday dia. Dia dengan adik pulak kebetulan hari tuh bangun awal. Pukul 7.00 pagi dah bangun. Macam tahu-tahu je nak sambut birthday dia..

video






Birthday ke2 kakak celebrate kat school dia, mula-mula memang ingat tak nak celebrate kat school tp since class teacher kakak pun nak buat party untuk birthday dia, so umi pun join la skali kasi happening sikit. Memang kakak seronok sangat dapt celebrate birhday dia kat school dengan kawan-kawan dia..





Last sekali birthday party kakak dan 3 lagi kawan-kawan dia, buat sekali di rumah kami. Yang paling seronok dah tentu la budak-budakkan, tapi mak bapak budak pun seronok jugak, sekali sekala dapat jumpa, bertukartukar cerita, memang happeninglah!!
Mak lang pun datang all the way from Birmingham..memang best..










Ini pulak birthday adik da nsorang lagi kawan dia-Dina. Umi lupa nak post lepas party, maybe masa tu tengah banyak keje sampai tak sempat nak layan blog. Tak posting apa-apa pasal birthday ni nanti next time bila nak tengok-tengok balik di masa akan datang tak de pulak apa-apa yang nak dikenangkan, terasa sayang pulak. Jadinya lewat pun lewatlah..asalkan dapat disimpan sebagai kenangan..












Untuk anak-anak umi, umi doakan semoga anak-anak umi menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan yang penting di akhirat..

Itu sahaja sambutan birthday untuk tahun ini agaknya. Birthday saya bulan depan tapi tak adalah sambutan bagai..jika umur dapat sampai ke hari jadi pun dah syukur ALHAMDULILLAH..

Thursday, 17 September 2009

Salam Aidilfitri

Sunday, 13 September 2009

Penggal sekolah sudah pun bermula

Isnin lepas kakak dah masuk sekolah semula setelah bercuti panjang. Penggal baru ni kakak masuk reception class, macam darjah satu di Malaysia, tapi di UK ni lebih kepada kelas persediaan sebelum masuk Year 1. Kakak memang excited nak pergi sekolah pasal start penggal ni dia dah kena pakai uniform. Sekolah dia pulak teramat la dekat sangat, depan rumah kami aje. So 5 minit nak mula kelas baru la terhegeh-hegeh pergi.

Ready nak pergi dah..


Depan rumah..


Belakang tu je sekolah kite..


Sampai je terus mula colouring..favourite dia..kena puji dengan cikgu, dia sorang aje dalam kelas yang kaler properly, tak keluar border..

Minggu depan adik pulak mula nursery class dia, tak tau apa pulak ceritanya. Hopefully tak de masalah nak kena tinggal nanti.

Monday, 31 August 2009

Rombongan kak ngah ke Europe

Sori la ye dah nak masuk Sept baru nak cite aktivti Julai/Ogos. Nak kata busy tak la sangat sebab lepas abis cuti tok guru bagi, bila saya masuk ofis tk-tok guru pulak pi cuti. Sudahnya saya pon dok lepak2 aje la sambil ambil masa siapkan kerja yang belum siap. Sudahnya sampai sekarang pun kerja belum siap-siap lagi.

Kak ngah saya dan famili datang hujung bulan julai, duduk sini dalam 16 hari. Sempat la diorang pi London dan Paris, jalan Liverpool, Manchester, Birmingham. Saya malas nak citer panjang lebar korang enjoy the pictures aje la ye..

Hari check in hotel di London, malamnya buat kenduri kat hotel, memang tak pernah dibuat orang, ada nasi lemak sambal sotong, mee hoon singapura, sandwich, memang mantap btoll..





Gambar ni masa jalan-jalan sekitar London:

Masa tengah tunggu tube


Kakak beraksi manja dengan abg Ajim dalam tube..auww..


Naik London Eye








Familiku..




Gaya apa la kakak n adik posing tuh



Trafalgar Square





Posing sakan..






Lepas nih kami pun dah kebulur sesangat, terus naik tube pergi cari makan di MSD, ada restoran kat situ. Sambil tu sempat bawa kak ngah pegi beli souvenir kat area Queensway sebab situ murah sikit dari tempat lain.
Habis beli souvenir singgah Oxford Street yang ada deretan kedai panjang sesangat tapi tak habis jalanpun pasal budak2 kecik ini sudah sangat kepenatan. Sudahnya balik saja la ke hotel, tak kesampaian nak visit Harrrods..

The next day, sudah check out terus ke Luton Airport untuk ke Paris pulak. Kami check in di hotel di Disneyland, sampai dah petang, lepak-lepak kat bilik, untuk simpan tenaga untuk jelajah Disneyland pulak esok.

Baru sampai, lepas check in lepak2 aje..







Kat Disneyland






































Setakat ni je la dulu jalan-jalan di Disneyland Paris. Penat dah nak upload gambar lagi..

Tuesday, 21 July 2009

Hangus Sudah Kacangku...

Semalam tekak teringin betul nak makan nasi lemak. Jadi nak tak nak terpaksa la buat kalau dah teringinkan. Kalau kat KL tuh asal teringin je boleh aje singgah kat gerai pebret kat Bandar Tasik Selatan beli nasi lemak lauk paru goreng cili atau rendang daging, lepas tu mintak sambal banjir kat pak cik tuh, dia pon tau dah kalau budak ni yg beli mesti sambal kena banjir..hehehe..aduh sedapnya..rindu la nak makan nasi lemak pak cik tuh.. kalau kat sini apa-apa aje yang teringin, jawabnya kena la masak sendiri. Mujur la jugak setiap jumaat kak Tini (husband dia buat phd) ada meniaga nasi bagai dan kuih muih, jadi kalau ada karipap sardine pebret saya atau pulut panggang memang saya akan beli.

Berbalik kepada nasi lemak yang saya kena buat sendiri ni, takkan la namanya nasi lemak kalau tak ada kacang dgn ikan bilis gorengkan. Jadi walaupun dalam keadaan penat baru balik school, dah nap sekejap, baru la mula masak, goring la kacang dulu, api dah kecil dah, sambil tuh sibuk la mencari ikan bilis, cili serbuk la (orang rajin, malas nak gunting2 cili kering), sekali tengok dalam kuali, alamak!!! Sudah hangus pulak kacang gue!! Sabo je la, dah la itu stok kacang terakhir, hampa la jugak saya dibuatnya, nasib baik la ada kacang goreng dah letak garam yang saya buat untuk hubby buat kudapan dia depan tv, kalau tidak tak bermakna nasi lemak yang saya dah tanak sebelum tu. Makanya tercapai jugalah hasrat saya nak menikmati nasi lemak untuk juadah semalam.

Pengajaran yang nak saya sampaikan juga, kalau tengah goreng kacang tanah tak payah la tunjuk rajin buat multitasking, confirm kacang goring korang pun akan hangus jugak. Sekian.

**Kak ngah saya nak sampai hari Jumaat ni, bestnya!! Sekolah pun mula cuti summer rabu ni, memang sedang cantik la, oleh itu saya nak mohon summer break juga kat tok guru saya dalam 2 minggu, kejap lagi nak kena hadap dia, minta-minta la dia benarkan...aminnn...



**syukur..dapat juga permisi daripada tok guru untuk bercuti tapi dia sempat berpesan(setelah ditranslate): "cuti, cuti jugak, kerja jangan dilupakan, make sure cari masa sejam dua untuk buat research ko ni supaya lepas dua minggu takde la ko rasa macam tak penah tengok je kerja-kerja nih." Begitulah lebih kurang pesan dia. Saya pun macam burung belatuk mengangguk-angguk mengiakan cakap dia.

Friday, 17 July 2009

Mari Berblog Semula

Syukur Alhamdulillah, hari ni sangat melegakan sebabnya fasa pertama study saya di sini telah selesai di mana proposal saya telah diterima pada peringkat sekolah/fakulti with minor changes. Lepas ni peringkat university pulak tapi tidak sekritikal peringkat sekolah pasal tapisan di sekolah melibatkan jawatankuasa yang memang pakar dalam bidang saya. Ini juga bermakna saya sudah boleh berblog semula seperti biasa di mana sebelum ni kesibukan menyiapkan proposal dan macam-macam hal dunia yang lain menyebabkan saya memang tak ada banyak masa untuk update blog ni. Hari ni juga hari pertama broadband diaktifkan di rumah yang baru kami pindah masuk hamper 2 bulan lepas. Sebab ni pun menyebabkan saya malas nak update blog, sebabnya mobile broadband yang diguna sementara sangatlah lembabnya. Banyak juga benda nak diupdate, lepas ni insyaAllah saya akan buat mana yang terdaya.

Apa-apa pun saya nak update dulu blog award daripada kawan-kawan, lama benor dah diorang bagi, baru nak terima sebabnya saya baru menjejak semula blog diorang dan baru la terperasan ada award diberi kepada blog saya yang serba kekurangan ini..terima kasih ye kawan-kawanku..

Blog Award daripada Efi dan Diana





Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie :

Efi ialah
1. seorang member lama masa UTM dulu
2. seorang yang sangat feminin
3. seorang yang ceria, suka tergelak, tak pernah tengok dia marah
4. seorang kawan yang menyenangkan, suka kawan dengan dia
5. seorang yang sangat peramah

Diana ialah

  1. Seorang yang manja dan kawan yang baik
  2. Seorang yang sangat susah nak marah, tu sebab dia kawan yang baik
  3. Seorang kaki shopping tegar..betol tak Diana????
  4. Seorang yang pandai masak
  5. Seorang yang suka posing sambil lentokkan leher, manja gitukan Diana…

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :

  1. saya kini berada di Liverpool, bukan Manchester ye cik Efi..
  2. saya seorang ibu kepada Arissa dan Naufal, isteri kepada Encik Tarmizi
  3. saya baru masuk sekolah semula hamper 9 bulan yang lepas
  4. saya suka aktiviti melibatkan dapur seperti membeli peralatan dapur, memasak, membakar dan sewaktu dengannya tapi tak suka laundry
  5. saya seorang yang suka berkawan dan bersosial
  6. saya suka shopping,
  7. saya baru menjengah ke era 30an..selamat tinggal 20an
  8. saya tak sabar nak cuti n balik Malaysia tapi lambat lagi, next summer agaknya
  9. saya akan berpuasa dan beraya di perantauan buat pertama kali dalam hidup saya
  10. saya suka tidur juga, iaitu salah satu hobi saya


Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka, :

1. Efi selaku pemberi award
2. Shima member sekolah saya, suka memasak dia nih..
3. Diana si pemberi award juga
3. Hana member kamcing UTM jugak, antara blogger yang rajjin hupdate
4. Kak Jojo member kamcing ofis, Dr Jo ye..
5. Cian meber kamcing ofis jugak, akan join Dr Jo gak
6. Kak Cuji member kamcing ofis jugak, akan join Dr Jo gak
7. Kiah member kamcing UTM, jangan malas2 tulis blog ye kiah, dah dpt awrd nih
8. Mauze member sekolah dan UTM jugak, lama tak update blog..
9. Rosediana member sekolah dan UTM jugak, sedang sibuk dengan dunia keknya itu..
10. Alie member kamcing UTM jugak, sedang sibuk mengajar agaknya


 


 

Wednesday, 13 May 2009

Nak Update Tapi….

Memang lama dah nak update blog ni, banyak benda nak cerita tapi semuanya diperam dulu..cerita dari sebelum Easter holiday lagi..lama dah tuh. Tengoklah esok lusa akan kucari kekuatan untuk update cerita kami kat sini. Mama saya masih lagi di sini, mungkin juga ini punca saya tak update, banyak masa digunakan bersama mama dan keluarga. Hujung minggu jangan ceritalah, tak ada hujung minggu untuk berehat, mesti ada je aktiviti kami, paling tidakpun pergi carboot, nak tengahari baru balik, pasalnya tempat tu ada tempat favourite mama saya bila dating UK ni.. Sehinggalah minggu lepas, mulanya kakak balik dari sekolah kata sakit tekak dan macam demam sikit, malamnya tu saya punya turn pulak, mula-mula saya sakit tekak aje, bukan sakit sikit-sikit, sakit tekak yang amat sangat hingga nak menelanpun macam ada duri kat tekak, diikuti dengan sakit kepala dan seluruh badan yang amat sangat. Next day demam pulak, cari ubat kat farmasi, sekejap lega, selang beberapa jam sakit balik, memang flat habis! Hampir 5 hari saya berkeadaan begini dan sekarang Al-Hamdulillah sekarang dah lega. Yang peliknya si kakak si pembawa virus ni ke rumah baik tak sampai 24 jam setelah saya bagi Calpol pada dia sebelum tidur, memang cepat dia sembuh! Al-Hamdulillah jugak.. So lepas ni tunggu la saya update sikit-sikit ye pasal weekend getaway kami kat sini..

Tuesday, 21 April 2009

Yeayy!! Mama nak datang!!

Hati ini tengah berbunga-bunga sebab Jumaat tengah malam nanti mama saya akan sampai di Stanstead Airport, naik Air Asia. Tak sabar-sabar nak jumpa mama dah. Rindu kat semua sebenarnya, tapi mama sampai pun dah cukup menggembirakan hati. Dahlah baru dapat tau kak ngah n famili tak jadi datang next year, sebab dia nak dapat baby baru hujung tahun ni, tapi takpe, insyaAllah tahun depan kami akan balik ke Malaysia, INSYAALLAH...



*mama, bertudung coklat; kak ngah, bertudung kuning; bestnya masa ni, dapat kumpul ramai2. How I miss this precious moment :-(

Sunday, 5 April 2009

Arissa's Mother's Day Concert

video

Kakak mula-mula malu nak nyanyi, lepas 2nd time nyanyi lagu ni baru la nak buat. And dia pakai baju biasa sebab masih dalam nursery class, yang pakai uniform tu dari reception class. Bulan september ni kakak akan masuk reception class, adik pulak masuk nursery class..

Arissa pakai baju yang wan kirim dari Malaysia..cantik tak kakak pakai wan?

Sunday, 15 March 2009

Sensitifnya Anak Daraku..



Hari ni nak cerita sikit pasal Arissa. Bulan 10 ni Arissa akan menyambut hari lahir yang kelima. Sekejapnya masa berlalu. Rasa macam baru je melahirkan dia. Arissa sekarang dah bolehlah juga diharap tolong umi dia ni mengemas sikit, especially kemas kasut depan pintu, tidy up the books and the toys, dan kadang-kadang kalau dia rajin, boleh la juga lipan baju dia dan Naufal. Semakin dia membesar, semakin jelas karakter dia, banyak mulut (macam umi dia!), suka melawa: pakai pressed powder umi dia yang dah abis, pakai kasut heels umi( ni sebijik ikut pakai perangai umi dia masa kecik!), bunyi keletak keletuk macam cikgu bedah nak pegi kelas, dan boleh tahan hot temper. Ohh..ini sudah macam ikut jejak umi dia ni. Yelahkan, mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasikan..

Cerita ni berlaku kelmarin. Masa tu living hall bersepah macam tongkang pecah seperti biasa hasil kerja anak bujangku tercinta, Naufal. Uminya ni dah pening kepala tengok rumah bersepah-sepah, lepas tu sound kakak suruh tidy up, dan dia seperti biasa ayat yang keluar, "sekejap ye umi". Sekali dah 3-4 kali sound tak gerak jugak, sambil umi dia ni yang mengemas sambil tuh mulut pun mula mengomel dan hati pun memang dah panas. Bila tengok umi dah lain macam baru la cik kak tuh nak gerak, memang waib kena marahlahkan. Lepas tuh menitis-nitislah air mata dia keluar, umi buat tak tahu je pasal hati dah panas. Lepas tu dia datang kat umi sambil teresak-esak, dia cakap, "umi, kakak sedih tau umi marah kakak", aduh! Sentap kejap. Dah besar rupanya anak umi ni. Sebelum ni kalau umi marah tak pernah dia nak nangis-nangis macam tu. Buat tak tahu ada la. Lepas tu umi panggil dia dan peluk dia, cakap kat dia apa yang buat umi marah dia, hopefully dia faham. Umi sayang kakak!!

Erti Sahabat

Sangat menyedihkan apabila sahabat kita sendiri menikam kita dari belakang. Orang yang sangat baik dengan kita rupa-rupanya mengatakan perkara yang buruk dan berunsur fitnah tentang diri kita dan menurunkan harga diri kita di hadapan orang lain. Apakah begitu murah nilai sebuah persahabatan sehingga begitu mudah dilepaskan ikatan persahabatan tersebut?

Inilah yang terjadi kepada seorang sahabat baik teman apabila dikenakan oleh rakannya sendiri. Memang sangat menyedihkan, kerana sahabat ini baik orangnya, teman sendiri turut merasa kesedihan yang dia rasakan. Buat sahabatku, Y, janganlah kau bersedih lagi, Allah sentiasa bersamamu, mengadulah kepadaNya, aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirimu.

Teman terjumpa satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, semoga kita mendapat panduan berguna untuk menjadi sahabat yang baik dan dan memberikan yang terbaik untuk sahabat kita.

Sifat yang harus diperhatikan dalam memilih sahabat.

 Ketahuilah, bukan semua manusia patut dijadikan sabahat. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

  Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.

Sayugialah hendaknya rakan yang dipilih itu mestilah mempunyai beberapa sifat dan kelakuan yang istimewa, yang menyebabkan anda memilihnya untuk dijadikan rakan atau sahabat. Kesimpulannya hendaklah sabahat itu seorang yang waras fikiran, baik budi pekerti, tidak fasik, dan tidak terlampau mementingkan hal-hal keduniaan.

 
 

Adapun sifat waras pemikiran itu menjadi modal atau pokok dalam kehidupan, kerana tidak ada gunanya membuat sahabat pada orang yang ahmak atau kurang akalnya, sebab yang demikian itu akan membawa kepada perasaan tidak tenteram dan perselisihan, sekalipun persahabatan itu berjalan begitu lama. Ada pula yang berkata bahawasanya memutuskan persahabatan dengan orang yang ahmak itu, adalah suatu pengorbanan (mendekatkan diri) kepada Allah.

 
 

Adapun perihal budi pekerti yang luhur itu, maka setiap orang patut bersifat dengannya. Sebab tidak ada gunanya bersahabat dengan orang yang sering dikuasai oleh perasaan marah, suka dipengaruhi oleh nafsu syahwat, atau orang yang bersifat kikir dan pengecut atau orang yang selalu menurutkan segala hawa nafsunya yang buruk itu.

 
 

Adapun orang yang fasik dan tetap pula dengan kefasikannya, tidak mahu bertaubat dan tidak mengendahkan nasihat orang supaya mengubah sikapnya, maka orang ini juga tidak ada faedah untuk bersahabat dengannya. Malah melihat kelakuannya saja akan mendorong jiwa kepada perkara-perkara maksiat, serta memadamkan rasa benci kepada maksiat yang sudah dipunyai oleh hati. Begitu pula biasanya, orang yang tidak takut kepada Allah, tidak dapat dipercayai persahabatannya dan tidak dapat ditolak kecurangannya, bahkan biasanya ia memang suka bertukar-tukar sikap dengan pertukaran keadaan dan pendirian.

 
 

 
 

Alqamah berpesan kepada puteranya katanya: Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

 2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya ia akan membalas baik persahabatanmu itu.        

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu. 

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya ia akan menerima dengan baik. 

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu. 

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya. 

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya. 

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu. 

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu). 

10. Jika engkau berkata kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu. 

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya ia akan membantumu. 

12. Jika kamu berdua berselisih faham, niscaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.  
 

Berkata Saiyidina Ali r.a:

Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu. Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu.

Sanggup mengorbankan segala-segala untuk kepentingan dirimu.

 
 

Abu Sulaiman ad-Darani rahimahullah berkata pula: jangan sekali-kali engkau bersabahat melainkan dengan salah seorang dari dua orang berikut:

 1. Orang yang engkau merasa senang dengannya dalam menguruskan hal-ehwal keduniaanmu. 

 2. Orang yang engkau dapat menambah faedah dan manfaat dalam hal-ehwal keakhiratanmu.

 
 

Memasyghulkan diri dengan bersahabat selain dari dua orang yang tersebut di atas itu, akan menyebabkan kerugian dan menunjukkan kebodohan yang besar.

 
 

Adapun berkawan dengan orang yang sangat mementingkan perkara keduniaan semata-mata, adalah semacam meminum racun yang membinasakan. Kerana tabiat manusia itu sentiasa terpengaruh untuk meniru-niru dan mengikut sikap kawan. Dan memang sudah ternyata, bahwa tabiat manusia selalu meniru tabiat rakannya tanpa disedari oleh yang lain. Jadi bercampur-gaul atau berkawan dengan orang amat mementingkan hal-hal keduniaan semata-mata, akan menarik hati kepada sifat tamak dan sayangkan dunia. Begitu pula bercampur gaul atau berkawan dengan orang yang zahid atau orang yang mementingkan hal-hal keakhiratan, akan menarik hati kepada cintakan kezahidan. Oleh itu dimakruhkan persahabatan dengan penagih dunia atau pencinta dunia, dan dianjurkan persahabatan dengan para ulama dan para bijaksana dan cendekiawan.

 
 

Luqman memberikan nasihat kepada puteranya katanya: Wahai anakku! Dampinglah para ulama dan hubungkanlah kedua lututmu dengan mereka, kerana hati itu akan menjadi hidup dengan diresapi hikmat sebagaimana bumi yang mati itu akan hidup semua dengan diresapi air hujan.

(Dipetik daripada: http://www.mail-archive.com/mencintai-islam@yahoogroups.com/msg01551.html)

Monday, 2 March 2009

Cuti Sekolah Waktu Winter…Boringnya!!!!

Memang pun itulah keadaannya masa cuti sekolah 2 minggu lepas. Dengan cuaca sejuk dan siang pun cepat berlalu, mana la tempat nak pergi bawa Arissa dan Naufal jalan-jalan. Nak buat aktiviti outdoor sejuk sangat, nak pegi jalan-jalan shopping centre (aktiviti hujung minggu rutin kami di Malaysia..hehehe), Liverpool bukan macam KL, ada berpuluh-puluh yang boleh diredah, sini harap Liverpool One, St John, Clayton Square..itu pun semua shopping centre ni dilonggokkan dalam satu tempat, satu hari dah habis jalan!

Kebetulan umi dan abah ada urusan di London pasal nak pergi High Comm., jadi kami pun plan pergi bawa budak-budak jalan rumah cousins dia je la, pasal dah sehala pun untuk ke London, so takde la penat sangat drive. Mula-mula mak lang and the kids nak join sekali jalan-jalan London, so kami plan tidur semalam di London, tapi lepas tu mak lang call diorang dah ada plan nak tengok teater LazyTown, rancangan favourite budak-budak kat UK ni. Mesti la Arissa n Naufal pun excited nak join sekalikan. So, umi n abah decide tak payah jalan-jalan London dulu, tunggu Wan datang bulan 4 ni, baru la seronok sikit nak jalan. khamis malam kami pun bertolak ke Birm, sampai rumah mak lang pukul 12 tgh malam, cousins semua dah tidur, dan bertolak lambat ni pun ada sebabnya. Si kecil Naufal sudah main segugus kunci kereta dan kunci rumah yang abah letak atas meja lepas tu Tanya dia buat tak tahu je. Sabar je la ini budak tau, kita Tanya dia dia Tanya kita balik, ada la dekat sejam setengah cari baru jumpa.

Next morning, bertolak pukul 7.30 am, dalam 2 jam dah sampai London, siapkan urusan dalam 1 jam, amik gambar sikit-sikit, pastu terus pecut balik Birm. Sampai Birm pukul 3 camtu, makan, siap-siap dan terus la jalan kaki naik train. Seronok la budak-budak ni dapat naik trainkan…







Hari Sabtu pulak, kira ladies outing, umi n mak lag aje keluar pi city centre untuk shopping!! Anak-anak diuruskan oleh abah-abah. Best la umi n mak lang shopping pasal tak de siapa dok mengacaukan..sampai rumah dah petang tengok diorang tengah layan Wii, main bowling, tu la aktiviti diorang dari kami pergi tadi rupanya.

Hari Ahad pulak lepak-lepak kat rumah aje la. Umi dah penat berjalan semalam, lenguh kaki woo..pagi sampai petang dok berjalan.. cuaca pun cantik je, pak lang pun cadangkan buat bbq kat luar, in winter!! Memang la ada matahari, tapi bukan macam kat Malaysia, matahari bersinar memancar-mancar pun suhu tetap rendah, tapi redah je la..dah lama tak bbq kan..best!!












Dah kenyang makan, lepak-lepak sekejap, malam baru bertolak balik ke Liverpool. Itulah serba sedikit aktiviti waktu cuti sekolah Arissa di sini..


 


 

Tuesday, 3 February 2009

Nak Cerita Sikit..

Lama dah rasanya tak update apa-apa cerita kat sini. Sebenarnya ada 2 sebab kenapa umi tak menyempat-nyempat nak post cerita kat sini. Sebab-sebabnya ialah:

  1. Ahad 2 minggu lepas sebenarnya abah Arissa dan Naufal dah selamat sampai ke UK setelah berjaya memohon cuti tanpa gaji. Kini anggota keluarga kami telah sempurna berempat setelah lebih kurang 2 bulan abah di Malaysia dan kami bertiga di sini. Sejak abah sampai memang jadual ada lari sikit pasal umi nak kena siapkan makan minum abah dan anak2 sebelum pergi school, sedangkan sebelum ni nak pi school umi tinggalkan anak-anak kat rumah member dan dia yang siapkan makan minum anak-anak umi. Penat memanglah penat tapi apa yang lebih menggembirakan selain kami sekeluarga dapat bersama semula, lagipun abah dan anak-anak umi taklah cerewet sangat soal makan, tengahari buatkan sandwich pun diorang layan. Naufal sekarang pun dah tak banyak ragam lagi sebab dialah yang paling seronok bila dapat jumpa abah semula, masa awal abah baru sampai, bangun tidur je terus Tanya, abah mana umi? Dia takut abah dia hilang semula macam dulu..




    Tunggu punya tunggu..lambatnya abah keluar..



    Yeay!! abah dah keluar!!



     

  2. Sebab kedua ialah kakak dah start nursery school dan dia memang seronok dapat masuk sekolah, hari pertama sekolah memang tak ada masalah langsung, umi hantar terus tinggalkan dia balik rumah. Memang dia betul2 excited dapat pergi sekolah sebab kakak memang dah lama Tanya umi bila dia dapat pegi school, sebelum ni tak dapat hantar dia pergi school sebab sekolah yang sama dengan anak2 Kak Ainon (the baby sitter) tu nursery classnya dah penuh, kena masuk waiting list, dan kelas pun pukul 9-12 atau 12-3, siapa pulak nak ambil atau hantar kakak nanti kalau masuk sekolah lain. Kalau sekolah sama dengan anak2 Kak Ainon bole la dia ambilkan sekali, tapi takkan nak suruh dia ambil kalau kakak masuk sekolah lainkan. So umi ambil keputusan masuk je sekolah bila abah dah sampai, so sekarang kerja abah ialah ambil dan hantar kakak pergi sekolah, dan jaga adik masa umi pergi sekolah. Dengan kata lain sekarang abah bekerja sebagai 'househusband'..hehehe..








Adik tumpang sekaki join main masa register

Tuesday, 20 January 2009

Kena Tag dengan Mama Anas & Amani Lagi..2 tags in a row okeh..

Tag 1
The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 6 people.”


1. I am



2. I really want to go to



3. My favorite place is



4. My favorite thing is



5. My favorite drink is



6. My favorite food is



7. My favorite color is



8. I live in



9. I was born in



10. My college was



11. My favorite stories (kalau pandai cuba teka...pandai...betul la tuh..)



12. My hobby is



13. I wish for this



Tag 2


The rules: Link to your tagger and post these rules.List 8 random facts about yourself and tag 8 people.


1. Walaupun aku bukan doctor atau peguam, tapi tersangat la minat drama-drama bersiri tentang 2 kerja tu especially Ally McBeal (never missed ok!), ER, House, Grey’s Anatomy(baru mula minat) etc..
2. Aku ni senang sangat keluar airmata bile tengok citer sedih, mudah betul kena tipu dengan tv! Kata my hubby: sape suruh masuk tv…:)
3. Aku ni pantang betul kat orang yang suka ambil kesempatan kat orang lain, pantang kite buat baik, kalau yang suka ambil kesempatan tu nanti lebih-lebih la pulak mintak tolong itu ini…agak-agak sikit la beb!!
4. Aku seorang yang sangat tak reti nak menolak permintaan orang walaupun separuh hati nak memenuhi permintaan orang tuh atau pun kadang-kadang tak ada hati langsung. Payah betul sebenarnya bila jadi macam ni. Dengan sapa la ye nak belajar camne nak tolak permintaan orang kalau kite tak nak buat benda tuh..ada yang bole ajo?
5. Setiap kali berniat nak window shopping bile duit pokai, mesti tak terlaksana, ada aje benda yang nak dibeli paling cikai pun socks untuk anak-anak. Ni pun tabiat tak baik jugak ni..
6. Kerja rumah palinggggg tak suka buat adalah lipat baju, cepat la datang my hubby…rescue me!!! (sekarang ni ada baju belum lipat hasil dari 2 trip mesin baju..bole ke buat tak tau je??)
7. Suka kerja masak memasak, dan Alhamdulillah jarang mengecewakan..sedap la tuh…hehehe…
8. Kalau diberi pilihan memang malas nak bangun pagi sangat, tapi sekarang dah jadi budak sekolah, memang la kena bangun pagikan…huhu..:(

now nak tag:

Sape yang mama anas dah tag tuh pun member aku jugak..camne nak buat..belasah je ler..

Monday, 19 January 2009

It's Snow Today!!

Hari ni Liverpool dilanda snow yang sangat lebat tapi sekejap je, dalam setengah jam. Untuk orang yang first time jumpa snow macam teman ni memang la rasa excited tersangat-sangat. Maklum la dah dekat 3 bulan duduk Liverpool ni memang belum merasa jumpa snow macam siang tadi. Sempat la ambil gambar pakai handphone, Gamabr-gambar ni teman snap dari ofis teman kat tingkat 7, dapat la rasa snow sikit-sikit dari tingkap. Memang excited betul sampai dekat 10 minit ada la dok mengadap tingkap, menikmati snow ittew..memang cantik je..macam kapas yang putih bersih bertaburan..
(p/s: korang yang dah biasa jumpa snow jangan le meluat apa yang teman tulis ni, ini cuma luahan peribadi orang yang pertama kali dapat jumpa snow...)

Masa ni snow baru turun..







Waktu ni snow semakin lebat..





Dan semakin lebat..





Ini video yang sempat teman rakam, tapi tak dapat nak rotate to actual view..nanti teman cari jalan nak betulkan, sementara tu enjoy ye..

video

Saturday, 17 January 2009

Secrets To A Sharper Brain



I found an article from Reader's Digest UK, Oct 2006, by William Speed Weed telling about things to do to sharpen and rejuvenate your brain. As for me it is a good and useful article since some us might not aware that keep your brain healthy is as important as your physical health. Feel free to read it if you think it's worth to read..

http://www.rd.com/living-healthy/7-anti-aging-tips-to-keep-your-brain-young/article28203.html

Sunday, 11 January 2009

Tugasan daripada Mama Duck

Very sorry to mama Anas and Amani for taking so long to finish the task. Umi was quite busy last week and will be busy this week and the week after and so on and so forth…

And this is the best I can do.. Happy reading!!

 

Nur Arissa Safiyya 

Muhammad Ariz Naufal

DOB 

14 Oktober 2004

10 Julai 2006

Awal berapa hari 

7 hari

2 minggu

Berat 

3.4 kg

2.75kg

Ukur lilt kepala 

Takde dalam rekod

Takde dalam rekod

Panjang 

52cm

51cm

Masa 

4.18pm

3.58pm

Berapa lama dalam labour room

1-2 jam

3-4 jam

Tempat

HUKM

HUKM

Bil Hospital

Tak ingat

Tak ingat

Tanda-tanda

Lendir + darah

Tiada

No KP

****

****

Bila cukur 

Selepas majlis cukur jambul-

Umur 1 bulan

Selepas majlis cukur jambul-

Umur 1 bulan lebih 


 

Both were delivered normal, but my dear Naufal was induced coz umi had high BP during pregnancy

My Precious Arissa & Naufal



That's all for now…


 

Tuesday, 6 January 2009

Tahun Baru..Semangat Baru..

Aduh...sedap jer bunyi tajuk kat atas tuh,,tapi kenapa semangat teman ni belum sampai-sampai lagi? Apa-apa pun setelah cuti panjang ni memang teman dah berazam nak focus kepada study dan study dan study. Macam mana ye nak bagi semangat ni datang? Mintak-mintak la lepas ni teman dapat tunaikan azam ni dalam masa terdekat ni. Sebenarnya ada azam-azam yang lain yang nak kena ditunaikan, tapi biarla teman focus kepada study dulu. Harap kawan-kawan yang baca blog teman ni doakanlah teman dapat semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan di sini....

Tuesday, 4 November 2008

Naufal and Abah Lost n Found

Hari ni memang hari ini dalam sejarah. Since kitorang bru je sampai Uk ni macam-macam la nak dibeli kan. So Kitorang pagi-pagi lagi dah keluar rumah ikut mak lang (my sis) pegi keje and dia akan drop kitorang kat kat Bullriing Shopping Center. Dah beli punya beli, sampai masa umi nak beli undergarments abah tak nak join abah kata abah nak jalan-jalan High St, so kitorang split la, janji jumpa dalam masa 1 1/2 jam depan satu kedai ni. Bila tiba masa nak jumpa abah tak muncul2 pulak, pastu dah janji ngan mak lang pukul 2 ptg dia nak amik kiotrang balik rumah, lepas dia abis keje, dekat 20 minit umi tunggu tak de jugak umi pun pi la tempat janji ngan mak lang. Pastu terpaksa la mak lang masuk parking nak cari adik ngan abah. Berpuluh-puluh kali umi lalu tempat kiotang janji tu tapi tak nampak batang hidung diorang, umi dah panik dah, dah dekat 3 lebih jam cari tak jumpa gak pak lang suggest report polis je la, kiotang pun pi la report, umi memang dah risau betul fikir pasal diorang ni, ye la takkkan la dalam masa 3 jam cari boleh tak terserempak langsungkan.. shopping complex tu dah berpuh kali umi tawaf tapi tak juga jumpa-jumpa. Bila dah abis report polis, kiotang cari for the final round, pastu mak lang ajak balik memang umi nangis sungguh dah mengenangkan diorang ni. Sampai rumah dekat pukul 6, umi tak boleh buat apa dah, dok diamdiam kat living hall, doa dalam hati supa abah n adik selamat, dalam 1/2 jam lepas tu ada bunyi door bell serentak pulak dengan telefon berdering, alhamdulillah!! abah n adik dah sampai dengan van pizza, staff kedai pizza bermurah hati nak hantar ke rumah, yang telefon pulak polis tanya dah balik ke belum 2 orang hilang ni. Macam tau-tau je polis tu. Part ni memang umi nak puji polis kat sini, walaupun belum 48 jam hilang (polis kita kalau kes hilang selagi belum 48 jam mana nak terima report kitakan??) diorang tetap layan dan terima report, pastu call n tanya progres, dan pukul 9 malam tadi datang rumah tanya macam mana keadaan abah n adik, pasal dia tahu ada toddlerkan.
Umi tanya abah apa dah jadi, abah kata memang dia ada tunggu depan kedai yang kiotarang janji, mungkin abah sampai masa umi dah pegi kat mak lang kot. Pastu tak tau la macam mana boleh tak terserempak pasal abah kata berpuluh kali dia lintas tempat kiotrang janji, High St tu pun bukan le besar sgt, camne la boleh tak jumpa, oo..lupa umi nak cakap, kitorang kat sini pakai satu no.hp local, abah punya hp, abah pulak pi bagi umi hp dia, dah nak contact dia tak dapat, abah pulak tak ingat langsung no. sape2 kat sini(hp sini 11 angka, mana nak hafal woo), alamat rumah mak lang pulak dia tak ingat jalan, tapi dia tau la area mana, pastu abah nak amik cab dia tak reti pulak nak amik kat mana, last2 abah amik bas, sampai la area umah mak lang, tapi kes tak ingat jalan ni masalah besar juga, abah tanya la orang lalu lalang, last-last baru dia teringat nak cari internet pasal abah ada register online shopping guna alamat rumah mak lang, tu yang dia redah kedai pizza tuh. Syukur la mamat pizza tu (orang Iraq) baik hati, pinjamkan pc n sudi pulak nak hanta ke rumah. Alhamdulillah semua dah selamat, umi tak dapat bayangkan kalau waktu umi tulis ni diorang belum bailk-balik lagi, mau meraung dibuatnya..Macam ni la agaknya perasaan mak bapak yang hilang anak tu ye, dah kena baru tau macam mana rasanya, baru hilang 5 jam tu...

Monday, 3 November 2008

Aku kini seorang perantau..

Alhamdulillah teman kini telah selamat berada di Liverpool untuk hari yang ke8. Banyak benda yang belum settle lagi tapi insyaAllah semua akan diselesaikan dalam waktu terdekat. Dalam masa terdekat yang paling penting adalah nak masuk rumah sendiri, rasa masa nomad la pulak sekarang ni. 4 hari pertama tumpang rumah Aisyah dan Hadi yang sangat baik hati, walaupun baru pertama kali kenal dan jumpa, rasa macam keluarga sendiri. Hari jumaat pergi rumah kak lang di Birmingham, duduk sini lagi a few days kot. Terima kasih yang tak terhingga pada Hadi n wife, n also kak lang n abg Hairy yang sudi terima kami sebagai tetamu. Jasamu akan ku kenang selamanya...
Perjalanan ke UK hari tu alhamdulillah smooth aje. Sampai Heathrow around 4pm local time. Pastu kena naik bas transit untuk ke Terminal 1 pasal kami nak kena naik connecting flight to Manchester. Jauh la juga terminalnya, hand luggage kiri kanan depan belakang sume ada. Mujur la budak-budak ni belum nak tido lagi. Sampai kat Terminal 1 cari entrance ke gate rasa macam dah betul, pass immigration, nak teruskan perjalanan baru realized kami dah silap haluan, kami dah kira nak exit dari airport, pastu tanya immigration depa, pakcik tuh suruh keluar dan check in semula, jalan jauh lagi, tensen dah ni. Sampai kaunter check in, nak check in flight to Manchester, ticketing staff flight penuh pasal diorang swapped flight into smaller one, it just happened that kitorang antara yang terakhir check in, dia kata kena naik flight 8.50pm instead of 7pm flight. Masa tuh baru pukul 5pm lebih..nak kena tunggu dalam 3 jam lebih...memang angin satu badan la..sib baik dia kata akan bayar compensation. Ok fine la, nak buat camana. Hati ni memang panas sangat la, pegi customer service counter, nak minta compensation, dia tanya itu ini, pastu dia cakap, "We are very sorry, we will pay you £95 cash for each person (x 4 orang beb!!) or we'll give you a travel voucher that double the cash, you can travel within a year" Pergghhh!! langsung tak jadi nak marah dah, terus rasa sejuk balik. Alhamdulillah, ni la baru dikatakan durian runtuh yang sebenar, rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka, dapat la kami £380 hari tu. Sape nak bagikan free-free je duit banyak tu. Itula la aje ceritanya untuk hari nih..

Tuesday, 24 June 2008

Cancer Prevention

I don’t know whether this article is based on real scientific research or not, but I think we can dig up some good info from it. After all it is the control of the Almighty to give us health or sickness. We can just try our best to maintain the healthiness and leave the rest to Him.

AFTER YEARS OF TELLING PEOPLE CHEMOTHERAPY IS THE ONLY WAY TO TRY AND ELIMINATE CANCER, JOHNS HOPKINS IS FINALLY STARTING TO TELL YOU THERE IS AN ALTERNATIVE WAY .
Cancer Update from Johns Hopkins
1. Every person has cancer cells in the body. These cancer cells do not show up in the standard tests until they have multiplied to a few billion. When doctors tell cancer patients that there are no more cancer cells in their bodies after treatment, it just means the tests are unable to detect the
cancer cells because they have not reached the detectable size. < BR>

2. Cancer cells occur between 6 to more than 10 times in a person's lifetime.

3. When the person's immune system is strong the cancer cells will be destroyed and prevented from multiplying and forming tumors.

4. When a person has cancer it indicates the person has multiple nutritional deficiencies. These could be due to genetic, environmental, food and lifestyle factors.

5. To overcome the multiple nutritional deficiencies, changing diet and including supplements will strengthen the immune system.

6. Chemotherapy involves poisoning the rapidly-growing cancer cells and also destroys rapidly-growing healthy cells in the bone marrow, gastro-intestinal tract etc, and can cause organ damage, like liver, kidneys, heart, lungs etc.

7. Radiation while destroying cancer cells also burns, scars and damages healthy cells, tissues and organs.

8. Initial treatment with chemotherapy and radiation will often reduce tumor size. However prolonged use of chemotherapy and radiation do not result in more tumor destruction.

9. When the body has too much toxic burden from chemotherapy and radiation the immune system is either compromised or destroyed, hence the person can succumb to various kinds of infections and complications.

10. Chemotherapy and radiation can cause cancer cells to mutate and become resistant and difficult to destroy. Surgery can also cause cancer cells to spread to other sites.

11. An effective way to battle cancer is to starve the cancer cells by not feeding it with the foods it needs to multiply.

WHAT CANCER CELLS FEED ON:
a. Sugar is a cancer-feeder. By cutting off sugar it cuts off one important food supply to the cancer cells. Sugar substitutes like NutraSweet, Equal, Spoonful, etc are made with Aspartame and it is harmful. A better natural substitute would be Manuka honey or molasses but only in very small amounts. Table salt has a chemical added to make it white in colour. Better alternative is Bragg's aminos or sea salt.

b. Milk causes the body to produce mucus, especially in the gastro-intestinal tract. Cancer feeds on mucus. By cutting off milk and substituting with unsweetened soy milk, cancer cells are being starved.

c. Cancer cells thrive in an acid environment. A meat-based diet is acidic and it is best to eat fish, and a little chicken rather than beef or pork. Meat also contains livestock antibiotics, growth hormones and parasites, which are all harmful, especially to people with cancer.

d. A diet made of 80% fresh vegetables and juice, whole grains, seeds, nuts and a little fruits help put the body into an alkaline environment. About 20% can be from cooked food including beans. Fresh vegetable juices provide live enzymes that are easily absorbed and reach down to cellular levels within 15 minutes to nourish and enhance growth of healthy cells. To obtain live enzymes for building healthy cells try and drink fresh vegetable juice (most vegetables including bean sprouts) and eat some raw vegetables 2 or 3 times a day. Enzymes are destroyed at temperatures of 104 degrees F (40 degrees C).

e. Avoid coffee, tea, and chocolate, which have high caffeine. Green tea is a better alternative and has cancer-fighting properties. Water-best to drink purified water, or filtered, to avoid known toxins and heavy metals in tap water. Distilled water is acidic, avoid it.

12. Meat protein is difficult to digest and requires a lot of digestive enzymes. Undigested meats remaining in the intestines become purified and leads to more toxic buildup.

13. Cancer cell walls have a tough protein covering. By refraining from or eating less meat it frees more enzymes to attack the protein walls of cancer cells and allows the body's killer cells to destroy the cancer cells.

14. Some supplements build up the immune system (IP6, Florescence, Essiac, anti-oxidants, vitamins, minerals, EFAs etc.) to enable the body's own killer cells to destroy cancer cells. Other supplements like vitamin E are known to cause apoptosis, or programmed cell death, the body's normal method of disposing of damaged, unwanted, or unneeded cells.

15. Cancer is a disease of the mind, body, and spirit. A proactive and positive spirit will help the cancer warrior be a survivor. Anger, unforgiveness and bitterness put the body into a stressful and acidic environment. Learn to have a loving and forgiving spirit. Learn to relax and enjoy life.

16. Cancer cells cannot thrive in an oxygenated environment. Exercising daily, and deep breathing help to get more oxygen down to the cellular level. Oxygen therapy is another means employed to destroy cancer cells.

Monday, 16 June 2008

Petrol oh petrol..

Eh...tak sangka pulak entry teman yang lepas ada kena mengena dengan fenomena yang tengah melanda Malaysia dan juga dunia. Harap-harap tips tu dapat la membantu kita menjimatkan petrol ye. Sebabnya lepas ini dijangkakan kenaikan akan berlaku lagi. Aduh-aduh..bila petrol naik, alamatnya nanti semua barang akan naik harga juga la. Kalau tak percaya pergi la pasar, tengok la harga ikan, sayur, segala.. Ahad baru ni teman pergi pasar tani, nak beli ikan selar (pada teman ikan ni kira cikai/murahan la), sekali tanya sekilo RM10 woo..tak jadi la beli, cakap dengan kakak teman, lepas ni singgah Cfour la beli, sekali di sana lagi mahal, RM10.90/kg. Hampeh.. Mujurlah di Cfour nampak fresh lagi, tak la ralat sangat tak beli kat pasar tani tu. Sayur-sayuran pulak teman lagi suka beli di Cfour sebab harga memang berbeza sangat dengan pasar. Sayur sawi fovourite hubby teman di pasar 1 ikat kecil je dah RM1, di Cfour baru 29sen (sayurnya kurang sikit je daripada di pasar), memang berbaloi beli. Dalam keadaan sekarang ni teman rasa bukan masalah sokong tak sokong peniaga tempatan, yang paling penting kita la kena bijak membeli, inilah akibatnya bila inflasi meningkat, duit pun makin kurang bernilai, gaji naik tahun lepas pun macam tak ada beza, back to square one.

Monday, 5 May 2008

Panduan untuk Pemandu

Untuk panduan kita bersama. Nak menulis teman tak banyak masa la ni. later la ye..

Sunday, 20 April 2008

Kembali kini

Lama dah teman tak mencatat apa-apa di blog ni. Sebulan lebih dah blog ni bersawang seolah-olah macam tak bertuan dah. Bukan apa, sebagai tenaga pengajar, bila tiba hujung semester aje, waktu ini memang peak time dengan nak kejar dateline siapkan final exam untuk printing, nak habiskan kelas yang la, vetting exam paper la dan segala bagai lagi. Ditambah pula dengan kewajipan untuk menghadiri kursus BTN kepada yang nak cuti belajar, makin double kesibukan teman. Aduh, tak sanggup rasanya tinggalkan anak-anak 5 hari berturut-turut, nasib baik handphone tak dikumpulkan oleh urusetia macam yang tercatat kat surat arahan ke BTN tu. Dapat la teman curi-curi telefon hubby dan anak-anak lepas dinner. Hubby cakap si kecil Naufal panggil-panggil umi, maklum la tiap-tiap memang kerja umi yang dukung Naufal masuk kereta untuk hantar ke rumah Wan.
Ni teman nak cite la sikit apa yang teman buat kat kursus BTN ni. Pada sape-sape yang belajar kat local U mesti dah pernah pergi BTN, Cuma teman je yang tak sempat pergi BTN masa kat U dulu. Dulu sibuk member-member kata sape tak pergi BTN tak boleh grad. Alhamdulillah grad juga teman..he..he. Teman bukan tak nak pi time tu tapi sebab selalunya BTN buat time cuti semester, malas la nak pi, baik balik rumah je, dah la U teman jauh nun di selatan, bukan selalu dapat cuti panjangkan. Jadinya BTN cuti belajar ni adalah BTN yang pertama kali teman pi. Kalau ikutkan memang la malas teman nak pi, nak kena tinggalkan famili, anak-anak, tapi sebab ni adalah syarat wajib untuk cuti belajar, teman gagahkan juga la kudrat pegi, kebetulan pula hubby teman pun pegi BTN yang sama dan di tempat yang sama Cuma dia pergi 3 hari lebih awal dari teman, tapi dia pegi untuk syarat kenaikan pangkat, jadinya program kami memang berbeza la. Hari kedua teman di sana hubby teman dah nak balik, so, turn dia pula jaga anak 3 hari.
Panjang lebar pulak mukaddimah teman bagi. Back to cite teman tentang kursus ni, 20 Mac lepas waktu orang seronok bercuti maulidurrasul teman pun bertolak ke Ulu Sepri, Rombau, NS. Pukul 7 lebih bertolak dari rumah ke ofis teman di SB, lepas tu naik kenderaan U ke kem Ulu Sepri tu. Sampai-sampai je terus register dan check in dorm masing-masing. Masuk-masuk dorm ramai dah unpack rupanya, in fact ada yang sampai sehari sebelum tu iaitu rombongan daari UUM. Sementara unpack berkenalan dengan geng-geng baru, kenal la dengan Liza, Naz, kak Syamsiah (dah sampai London dah dia ni), kakAida, Shida, Shameen (minah ni baru je pi Jepun april fool lepas), Syiza, Dr Linda.dan ramai lagi la, almaklum la..satu dorm ada 20 orang ramai le kenalan baru. Tapi ada jugak yang pada pemerhatian teman gaya kekwat semacam, entah apa yang dia lebih sangat sampai nak berlagak dengan orang lain. Dah ramai-ramai tu, macam-macam perangai la ada. Tapi teman tak kisah, ko baik aku kawan la, ko berlagak boleh blah la, aku carik kawan lain..
Hari pertama dan hari kedua ada best dan tak bestnya, yang bestnya dia bagi kite pilih sendiri group, so memang seronok la dapat yang satu kepalakan. Yang tak best sikit kena denga ceramah dari pagi sampai la ke malam, larat ke korang rasa? Kalau penceramah yang pandai berlawak tak de la ngantuk, tapi kalau dapat yang serius je, alamatnya ramai la yang tunduk terkaku (tido le tu!!). Mana taknya, hari kedua pukul 5.15 dah mula program, tayangan video tentang kemerdekaan sebelum subuh, teman tengok yang terlentok pun ramai. Hari ketiga pun 5.15 ada program jugak, ceramah pulak, dengo je la selagi terlarat.
Masuk hari ketiga baru la sesi LDK pula, masa ni kena pecah kumpulan yang fasi dah tetapkan. Dapat lagi kawan baru, kumpulan baru ni ok la jugak geng-gengnya, sepakat tu, buat decision memang tak jauh beza pendapatnya sampai fasi pun give up dah nak ubah pendirian kitorang. Sesi LDK ni tak la sikit bosan sangat pasal sesi ni interaktif, so tak ada chance la nak tutup mata.
Tiap-tiap petang pula memang ada la aktivit riadah, yang memang seronok diatur oleh pak-pak jurulatih yang memang best. First and second day belaja kawad je, the next day pulak ada flying fox, best jugak, teman pun dah try, mula-mula memang gabra tapi sekejap je melayang dah sampai.
Last day pulak, paginya ada exam sejam lebih. Teman tak baca sangat pun, bukan ada masa nak baca, tapi sebab soalan objektifkan, seperti biasa, belasah aje..after lunch, sesi penutup, bersalam-salaman, dalam hati bercampur baur, gembira pasal nak balik jumpa famili, sedih gak pasal nak tinggalkan kawan-kawan yang semakin dekat di hati. Tak pe, lain kali ada umur boleh jumpa lagikan kawan-kawan.
Kepada yang dah pi sambung study tu, selamat berjuang ye. Jangan lupa janji kita nak membina “Menara Bangsa”. Adios..
Ps: result dah dapat, Alhamdulillah teman lulus..lepas ni kena teruskan perjuangan la..

Friday, 7 March 2008

Marilah Mari...Pergi Mengundi..la la la...

Tomorrow is the general election day. Happy voting to Malaysians!!
Jangan lupa untuk mengundi pemimpin yang boleh bekerja untuk rakyat ye, bukan bekerja untuk diri sendiri. Sememangnya tangungjawab kita untuk memilih pemimpin yang layak dan benar, tapi kalau pun orang yang tidak sepatutnya masih beroleh kemenangan, at least we have done our part right??
Tahun ni kali kedua teman mengundi, dekat je pusat undinya, kat sekolah rendah teman dulu, sepelaung je dari rumah mak teman, suka-suka hati la nak pi bila-bila pun. Yang bersemangatnya hubby teman la, sok pukul 7.30 pagi dia suruh siap, teman rasa dia nak jadi first voter kat saluran 5 la, apa-apa la labu..nampaknya esok kena bangun macam nak gi kerja juga la..macam election tahun lepas, teman dan kakak-kakak pegi dah petang sikit time orang dah tak ramai, tak la beratur panjang sangat, tapi esok kalu pegi awal pun rasanya belum ramai orang juga, harapnya gitulah..


Psst..Teman nak pesan je, kalau kome tak gi mengundi walaupun dah layak, then dapat pemimpin macam hamlau kat atas ni, time tu jgn le dok kecoh-kecoh pemimpin tak berjiwa rakyat la, corrupt la, kome dok diam-diam udah la ye. Jangan cam sorang makcik tu, sibuk tolong berkempen jalankan kewajipan anda sebagai pengundi, sekali tengok makcik tuh pon tak mendaftar sebagai pengundi. Apa cerita?? Sah-sah dia pun hamlau gak..

PILIHANRAYA UMUM KE 12: 8-3-08

Monday, 3 March 2008

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

Jika anda rasa menjadi wanita itu susah, sentiasa harus bertudung litup, sakit yang amat sangat sewaktu melahirkan..renung-renungkanlah ye..

LELAKI:
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

sumber: email seorang teman

Saturday, 23 February 2008

Halal vs Haram.. Sanggupkah Kita Bertoleransi??

Mesti ramai yaang ng terkejut pasal berita minggu lepas tentang seorang pegawai kerajaan saman 3 kompeni dan salah satunya adalah hypermarket multinasional yang memang begitu familiar di kalangan rakyat Malaysia, T***o, sebab jual bangkai ayam (habis kalau dah sembelih tak ikut hukum syarak kan ke bangkai namanya). Bila baca artikel ni memang teman rasa geram sangat-sangat sebab ketidakprihatinan mereka terhadap pengguna-pengguna muslim. Kita yang tengok label halal pada pek makanan ni percayalah yang produk tu halal. Teman dah banyak kali juga beli ayam kat situ, harap-harap halallah, kalau tidak ampunkanlah hambaMu ini ya Allah... Lepas ni tak de harapanlah teman nak beli kat situ lagi, sekali Tipah tertipu, tak ingin diriku ini ditipu lagi.
Itu kisah ayam, ada lagi situasi yang pernah teman hadapi masa teman pi jalan-jalan kat The Gardens yang baru buka kat Midvalley tu. Anak teman nak makan aiskrim, teman pun terus la tuju ke satu kedai aiskrim ala Italian ni, duduknya kat bahagian tengah (kedai aiskrim ni bukan kat lot kedai), tengok yang jual budak-budak melayu, yang beli pun ada orang melayu, bila dah pilih baru la teman tanya cashier halal ke tak aiskrim ni, katanya ada dua flavour yang tak halal, satu Tiramisu and satu lagi flavour, cherry apa ntah nama dia, nasib baik yang teman pilih tu halal, kalau tidak cancel la. Macam mana la kalau ada orang Islam terbeli flavour yang tak halal tu ye, sapa yang salah? Bukannya depa ada letak apa-apa notes ke warning ke kata this flavour tak halal. Memang tak sensitive langsung! Dahlah ko meniaga kat Malaysia, agama rasmi Malaysia agama Islam ok!! Sensitif la sikit. Suami teman suruh budak kedai tu letak tanda halal/haram kat aiskrim tu budak tu senyap je, maklum la, dia kuli je, mesti la boss dia cha ya nu alif kan.
Kesimpulannya, walaupun kita ni berada di Malaysia, agama rasmi agama Islam, majority rakyat pun beragama Islam, kita kena ingat, majority yang meniaga makanan bukan orang Islam. Diorang memang boleh belasah apa saja, hatta biawak sekalipun, kita ni yang kena berjaga-jaga, kena la ambil tahu apa yang nak masuk dalam mulut tu, sebab benda-benda tu akan jadi darah daging, aduh takutnya..

لاَ ÙŠَدْØ®ُÙ„ُ الْجَÙ†َّØ©َ Ù…َÙ†ْ Ù†َبَتَ Ù„َØ­ْÙ…ُÙ‡ُ Ù…ِÙ†ْ سُØ­ْتٍ النَّارُ Ø£َÙˆْÙ„َÙ‰ بِÙ‡ِ
Tidak akan masuk surga siapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram. Neraka lebih utama untuknya. (HR Ahmad).

Wednesday, 13 February 2008

Pahala terakhir seorang isteri

Kisah ini teman dapat daripada email, mungkin ada yang dah pernah baca, teman tepek kat sini sebab teman suka kisahnya, sayang nak delete. Sebagai ingatan untuk teman yang tentunya tak sempurna sebagai isteri, memang sungguh menginsafkan. Selagi ada peluang diberi Allah untuk berbakti kepada suami, sama-samalah kita menunaikannya ya..

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan.

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan.
Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara,saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah.

Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga.

Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik.Seperti tiada hari lagi untuk esok.

Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.

Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya.


Nota: Seperti yang disarankan oleh Dr Fadhilah Kamsah.. pohonlah kemaafan kepada suami sebelum tidur... maafkan juga mereka2 yang ada kaitan ngan kita sebelum kita tidur.. kerna kita tak tau.. apakah esok kita masih boleh bangun or.. macam dlm kesah ni..

Wednesday, 30 January 2008

Dugaann...

Semalam memang hari paling trauma dalam hidup teman. Alkisahnya teman baru lepas visit kawan teman, Kak Su yang baru lepas keguguran kat Ampang Puteri. Borak punya borak tak sedar dah pukul 5.30, nak kena rush ambil suami teman kat ofis di Putrajaya pulak, dia pesan suruh ambil 5.30! indoor parking hospital tu pulak dah full, jadinya teman pun park la di luar. Rupa-rupanya kat luar punya la hujan selebat-lebatnya. Bawa pula anak dara teman, macam mana nak lari ke kereta dengan budak 3 tahun ni?? At last, teman decide tinggalkan dia kejap kat budak security perempuan yang tengah round-round kat area indoor parking. Dalam hati, Ya Allah lindungilah anakku..Seriau juga tinggalkan dia dengan orang tak kenal tapi itu aje pilihan yang ada. Mula-mula teman ingat nak tinggalkan aje kat tepi pintu exit parking sementara teman lari ke kereta tapi tak berani pulak. Tawakkal aje la, dan Alhamdulillah settle satu benda.
Misi seterusnya nak ambil suami teman di Putrajaya pula. Masuk aje MRR2 kereta dah beratur dan bergerak dengan very the slownya. Rupa-rupanya ada banjir kilat kat tengah-tengah jalan. Abis tu, takkan nak patah balik pulakan? Redah aje la! Trafik masih tak bergerak, then teman call suami tanya dia macam mana nak masuk KL-Putrajaya Highway yang baru buat, dia kata masuk arah bulatan Kg. Pandan. Teman pun redah la Kg. Pandan, alaaaa…banjir kilat kedua pulak!! Redah lagi!! Jumpa Highway tu kira settle la bab heavy traffic dan banjir kilat. Tema pun bawa kereta dengan senang hatinya walapun tol kena sampai RM4.00! Jangan tak tau.. jalan memang la cantik tapi kena lalu kat area jin bertendang, bukit + hutan kiri kanan. Mana tempatnya pun teman tak tau. Sampai aje Putrajaya lega la, sekali entah macam mana bila teman lepas satu traffic light dan dah masuk gear 2 tiba-tiba tak bole masuk gear 3 pulak. Ahhhsudah!! Apa hal pula ni. Bila enjin hidup gear tak masuk tapi bila enjin mai boleh pula masuk gear. Teman pun dengan dada berdebar-debar try juga la hidupkan enjin dalam keadaan gear dah masuk. Melompat-lompat la kereta, sampai la boleh jalan. Dah jalan tu satu cerita, kejap boleh masuk gear, kejap tak boleh. Yang banyak trynya tak boleh la. Teman usaha juga sampai boleh sampai ofis sumai teman, ada la dalam 2 km lagi. Dah sampai ofis dia, teman lega sikit pasal dah ada tempat mengadu. Suami try pun macam tu juga. Telefon foreman, dia kata clutch masuk air, dia suruh panas enjin dalam 10 minit lepas tu try la. Sudahnya nak dekat 45 minit pun tak boleh juga. Dah tak ada pilihan lain kami pun try jalan juga buat macam yang teman buat tadi. Kami singgah Masjid Putra nak solat Maghrib dengan harapan kereta akan ok bila dah selesai solat nanti. Dal selesai, cuba lagi macam tu juga, teman memang dah stress tahap maksimum, anak teman pun dah bosan agaknya, nakal semacam, asyik kena marah je la, kesian dia..sorry ye kakak 
Jam dah pukul 8.15 macam tu, try lagi start kalau kereta boleh jalan. Then melintas sorang abang baru sudah solat kat masjid tu pandang-pandang kami, terjenguk-jenguk. Teman cakap dengan suami dia mesti orang sini, pasal dengan baju melayu dan kain pelikat pergi solat. Kot-kot la dia tau ada foreman dekat area sini. Putrajaya ni tau la, mana ada kedai bengkel kereta ke, bengkel motor ke, kesimpulannya kedai-kedai yang confirm selekeh memang tak ada la, kalau ada pun mungkin kat hujung-hujung tanjung kedainya. Abang tu pun suggest kat suami teman tinggalkan kereta kat masjid dan dia nak hantar kami balik ke Ampang. Dalam pada nak buat keputusan tu datang pula sorang hamba Allah, foreman rupanya, tapi bengkel di Penang. Dia dengan sukarela nak tolong apa-apa yang boleh. Check punya check rupa-rupanya spring clutch kereta sudah patah, itu pasal gear tak mau masuk. Dia kata nak bawa kereta balik Ampang boleh tapi gear 2 atau 3 aje. Kami pun tawakkal aje la. Si foreman tu pula dengan rela hati nak drivekan kereta sampai exit ke UPM sebab dia nak balik Bangi. Siap tunggu lagi sampai kereta kami bergerak. Dalam keadaan yang tak confident, takut dan sewaktu dengannya teman la yang kena drive. Exit UPM ok, tapi bila nak try masuk gear 3 aje tak boleh masuk terus kena himpit tepi jalan start balik proses gerakkan kereta. Nak nangis pun ada ni sebab memang payah gile nak start enjin dalam keadaan dah masuk gear. Try 3-4 kali Alhamdulillah ok akhirnya, masuk gear 3 pun boleh, so bawa la kereta tu slowly. Dalam hati doa je supaya jalan tak jam. Lalu besraya jalan memang smooth tapi masuk aje MRR2 dah mula sesak. Tapi teman jarakkan kereta jauh dari kereta depan supaya tak payah berhenti. Alhamdulillah lagi, tak mati enjin. Kami teruskan perjalanan, sampai juga di tempat kritikal, exit ke Ampang melalui Taman Cempaka tu, exit je terus ada traffic light, and yesss!! Kebetulan lampu hijau pulak. Traffic light seterusnya pun Berjaya diredah. Traffic light berikutnya pula tak sempat. Dengan ervousnya teman mula balik proses nak gerakkan kereta, dengan kereta kat belakang ada yang hon, ada orang Malaysia ni memang tak tahu maksud hazard light tu ye. Dia ingat kita suka-suka nak guna!! Akhirnya boleh juga lepas. Sampai pula traffic terakhir dan yang paling thrill, depan Taman Dagang nak menghala ke Ampang tu, memang sesak betul situ, enjim mati 3-4 kali, teman selamba je je bawa walaupun tangan dah sejuk beku, dengan orang pandang-pandang lagi. Nak masuk Kg. Melayu satu cerita pula, dah pukul 10 pun sesak lagi dengan bas kilang la, kereta berduyun-duyun la. Last-last suami teman keluar jadi polis trafik sekejap. Tahan kereta nak masuk ke simpang rumah mak teman, disebabkan ada kereta menyibuk depan kiri kanan teman pun hon macam orang gila suruh bagi laluan, tapi pasang hazard la. Akhirnya sampai juga rumah mak teman. Lega sangat-sangat Tuhan aje yang tahu.
Macam-macam hal la kereta teman ni, baru aje 3 tahun pakai, macam dah 30 tahun! Inilah kereta buatan nasional. Bukan nak mengutuk tapi inilah kenyataannya. Berdasarkan pengalaman teman berkereta P****n ni(ini kereta ketiga daripada brand yang sama) paling lama dia boleh tahan 6-7 tahun, lepas tu bersedia la untuk keluarkan duit betulkan itu ini. Lepas ni sorry la teman nak beli lagi dah...serik!! Teman ingat nak sokong kereta buatan negara sendiri, tapi depa ni macam take advantage, mentang-mentang la AFTA belum dilaksanakan, ramai yang tak mampu beli kereta import, buat kereta asal ada aje. Dahlah, lesson learned. Teman rasa kalau nak beli kereta tempatan, P*****a lagi bagus. Lagi berkualiti.
Apa-apa pun, teman nak berterima kasih yang tidak terhingga kepada 2 orang hamba Allah yang telah membantu teman sekeluarga iaitu Abg Rahim dari Presint 8 dan the foreman dari Penang, Ariff. Hanya Allah Taala yang dapat membalas jasa baik kalian.
Sekian saja catatan teman yang panjang lebar ini. Teman tertarik dengan kata-kata foreman yang tolong teman tu, “Ini dugaan kecil aje, mana tahu kalau di depan ada benda lebih teruk berlaku, Tuhan turunkanlah dugaan sebegini.” Syukur Alhamdulilah sangat-sangat keluarga teman selamat dan sihat walafiat, bukankankah nyawa kita kita jauh lebih berharga daripada sebuah kereta yang semakin lama semakin susut nilainya....