Saja nak tulis pasal anak dara saya yang nak masuk 8 bulan lagi 2 minggu. Beberapa minggu lepas sampai sekarang dia menunjukkan perkembangan yang sangat pantas. Baru minggu lepas dia dah berjaya merangkak, hari ini dia dah mula berdiri, pagi tadi masa saya baring dia gunakan saya sebagai pemegang untuk dia berdiri, bila petang tadi pula dia dah berani berpegang pada sofa. Kalau ikut kakak dia, umur 9 bulan insyaAllah boleh jalan dah. Saya bersyukur pada ALLAH kerana anak-anak saya dapat membesar di hadapan mata saya dan saya dapat melihat perkembangan mereka. Semoga mereka terus membesar dengan sihat walafiat dan dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan kami di sini, insyaALLAH..
1 comments:
Adik chantik paki hariraya baju
Post a Comment